RSS Feed

January, 2013

  1. Bunga Tangan Dip Dusty Pink

    January 8, 2013 by admin

    (Sila klik gambar untuk versi yang lebih besar)

    Saya kira 2013 mungkin tahun perkahwinan bertemakan warna dusty pink/mauve. Ini hasil bunga tangan dari bunga dip tempahan seorang pelanggan untuk majlis bulan Februari nanti.

    Warna pilihan beliau adalah dusty pink yang digabungkan dengan warna cream, disulami manik mutiara, kristal dan riben rona emas dan mauve.

    Harga bermula dari RM80 untuk saiz sederhana. Tempahan untuk hand bouquet cuma akan dibuka kembali selepas bulan March 2013. Saya perlu siapkan tempahan bunga songket untuk majlis persandingan March nanti, jadi masa sangat suntuk sekarang.

    Yang berminat untuk menempah bunga tangan untuk majlis persandingan/pertunangan/akad nikah anda bolehlah hantar email ke farah[at]bungatelur.com. Deposit 50% diperlukan untuk mengesahkan tempahan anda. Selalunya saya mengambil masa 1-2 minggu untuk menyiapkan bunga tangan selepas semua bahan yang diperlukan diperolehi dari pembekal.

    Related Posts with Thumbnails