RSS Feed

a October 2nd, 2012

    Kelas Asas Decoupage April 2018

    BungaTelur.com akan mengadakan kelas untuk mempelajari teknik decoupage di atas pinggan seramik/cermin kayu. Semua bahan akan disediakan. Hasil kerja boleh dibawa balik.

    Jadual kelas adalah seperti berikut:

    Tarikh: 29 April 2018, Ahad

    Masa: 2:00 - 5:00 petang

    Yuran: RM80

    Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

    Terhad kepada 6 peserta

    Sesiapa yang berminat, sila email ke [email protected], atau sms/wa ke nombor 012 6482121 untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad.

    Untuk melihat contoh decoupage yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com atau laman Facebook BungaTelur.com

  1. Bunga Songket Ungu

    October 2, 2012 by admin

    (Klik gambar utk melihat versi lebih besar)

    Untuk yang mencari kelainan, mungkin boleh mencuba membuat bunga songket. Cara pembuatannya sedikit rumit kerana rangka dawai perlu digam dan dilekatkan ke kain songket. Setelah kering, perlu digunting sekeliling rangka dawai tersebut.

    Proses mencantum kelopak sama saja seperti mencantum kelopak bunga dip atau bunga stokin.

    Bunga songket di atas belum lagi dijadikan bunga pahar atau bunga dulang. Korsaj/corsage juga sesuai cuma kelopak utk bunga korsaj selalunya lebih kecil berbanding kelopak bunga berdiameter asas 5cm seperti dalam gambar.

    Untuk yang berminat utk menempah, harga bunga pahar bunga songket bermula dari RM25 ke atas.