RSS Feed

October, 2012

  1. Decoupage Board For Housewarming Gift

    October 31, 2012 by admin

    (Please click on image to view a larger version)

    A friend ordered this as a house warming gift for her relative. I found a decoupage napkin with nature and birds motif.

    I also found a great quotes that reflects family and home.

    As per request, I also added motif of flowers around the board. Overall I am quite happy with the decoupage arrangement for this plaque.

    Another friend is also interested with the picture of the birds but I’m not sure whether it will look good with dark purple as the color theme since the birds are in brown and dark green color tone. Will have to try it with purple theme one of these days.


  2. Bunga Tangan Bunga Dip

    October 22, 2012 by admin

    (Klik gambar untuk melihat versi lebih besar)

    Jika anda masih mencari bunga tangan yang sesuai digayakan di hari pernikahan, pertunangan atau hari persandingan, mungkin idea bunga tangan dari bunga dip ini boleh diguna pakai.

    Harga bermula dari RM80 untuk size sederhana. Bunga tangan dalam contoh gambar terdiri dari gabungan warna cream dan putih. Yang berminat untuk menempah, boleh email kepada farah[at]bungatelur.com. Saya perlukan 1-2 bulan masa untuk menyiapkan tempahan (bergantung kepada queue order).

    Untuk yang berminat untuk mencuba buat sendiri, anda juga boleh belajar asas membuat bunga dip. Kelas selalunya akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad, 1-2 kali sebulan bergantung kepada permintaan.


  3. Bunga Songket Ungu

    October 2, 2012 by admin

    (Klik gambar utk melihat versi lebih besar)

    Untuk yang mencari kelainan, mungkin boleh mencuba membuat bunga songket. Cara pembuatannya sedikit rumit kerana rangka dawai perlu digam dan dilekatkan ke kain songket. Setelah kering, perlu digunting sekeliling rangka dawai tersebut.

    Proses mencantum kelopak sama saja seperti mencantum kelopak bunga dip atau bunga stokin.

    Bunga songket di atas belum lagi dijadikan bunga pahar atau bunga dulang. Korsaj/corsage juga sesuai cuma kelopak utk bunga korsaj selalunya lebih kecil berbanding kelopak bunga berdiameter asas 5cm seperti dalam gambar.

    Untuk yang berminat utk menempah, harga bunga pahar bunga songket bermula dari RM25 ke atas.


  4. Kelas Asas Decoupage

    October 1, 2012 by admin

    Untuk yang mencari tempat untuk belajar asas decoupage, kelas akan diadakan pada 7 Oktober 2012 selama 2 jam 30 minit bertempat di Puchong. Yuran RM60, bahan utk kelas disediakan dan hasilnya boleh di bawa pulang. Kelas asas decoupage ini akan bermula dari jam 3 petang.

    Peserta kelas akan diberi pilihan samada utk membuat decoupage di atas pinggan seramik atau bingkai bercermin dari IKEA.

    Selain dari belajar asas mewarna permukaan yang akan di decoupage kan, menggunting dan menampal napkin, peserta juga akan di ajar teknik shading dan tracing kata-kata seterusnya mewarna wording berkenaan di atas medium yang telah dipilih.

    Dengan kemahiran asas tersebut, peserta dapat menghasilkan seni decoupage di atas pelbagai jenis bahan terbuang di rumah seperti kuali lama, botol kaca, tin biskut dan lain-lain.

    Tempat utk kelas terhad kepada 6 peserta. Sila email di alamat farah[at]bungatelur.com atau SMS 012 6482121 utk mengesahkan tempat.

    Related Posts with Thumbnails